X
Ahad, 2 Jun 2019 | 8:06am
Penjaga gol Tottenham Hotspurs, Hugo Lloris (bawah) menyelamatkan gawangnya dari dibolosi pemain Liverpool pada final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penjaga gol Tottenham Hotspurs, Hugo Lloris (bawah) menyelamatkan gawangnya dari dibolosi pemain Liverpool pada final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP

Spurs 'terlalu pemalu' - Lloris

MADRID: Hugo Lloris merasakan Tottenham tampil dengan persembahan ‘terlalu pemalu’ ketika tumbang di final Liga Juara-Juara kepada Liverpool, awal pagi tadi.

Penjaga gol Spurs itu terpaksa memulakan aksi dengan mengangkat bola keluar daripada gawangnya selepas Mohamed Salah menyempurnakan penalti seawal minit kedua permainan.

Liverpool dianugerahkan penalti selepas Moussa Sissoko menampan bola hantaran Sadio Mane menggunakan tangan dan sekali pun Spurs memperoleh beberapa percubaan terbaik menerusi Dele Alli dan Lucas Moura, jaringan Divock Origi meranapkan impian mereka untuk kalah dengan keputusan 2-0.

“Sentiasa menyakitkan untuk tewas perlawanan yang penting,” kata Lloris. “Sukar untuk memulakan perlawanan dengan cara seperti itu tetapi kami tidak menjadi lemah, kami tetap bermain dengan prinsip kami.

Reaksi penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris ketika pasukannya menentang Liverpool di final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP
Reaksi penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris ketika pasukannya menentang Liverpool di final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Kami cuma kurang berkesan dan cuma bangkit pada 15 minit terakhir. Ia mengecewakan. Kami cuba untuk membuat apa yang kami biasa lakukan tetapi tidak mudah untuk bertahan menentang Liverpool.”

Penyerang England, Harry Kane melengkapkan 90 minit permainan pada penampilan pertamanya sejak pulih daripada kecederaan buku lali pada April lalu.

Begitupun, peledak England itu gagal mengemudi jentera serangan Spurs dengan gawang Liverpool yang dikawal penjaga gol Brazil, Alisson Becker hanya benar-benar diuji pada babak kedua. - AGENSI

Berita Harian X