Ahad, 9 Jun 2019 | 7:33pm
AKSI Nicolo Barella (kanan) diasak pemain Greece, Zeca pada saingan kelayakan Euro 2020 di Athens. - Foto Reuters
AKSI Nicolo Barella (kanan) diasak pemain Greece, Zeca pada saingan kelayakan Euro 2020 di Athens. - Foto Reuters

Itali kekal rekod sempurna

ATHENS: Itali membenam Greece 3-0 untuk mencatat kemenangan ketiga mereka dan memperoleh tiga lagi mata bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan perlawanan kelayakan Euro 2020 di Athens.

Juara dunia empat kali itu berjaya melupakan kisah kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia tahun lalu, dan kini diubah di bawah bimbingan jurulatih baru, Roberto Mancini.

Nicolo Barella menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-23 dengan Lorenzo Insigne dan Leonardo Bonucci masing-masing menambah pada minit ke-30 dan 33.

Skuad kendalian Mancini menjaringkan 11 gol tanpa dibolosi selepas tiga perlawanan Kumpulan J menentang Greece, Finland dan Liechtenstein.

Itali akan bertemu Bosnia Herzegovina pada perlawanan seterusnya di Turin Selasa ini dengan pasukan itu baru sahaja tewas 2-0 kepada Finland, sementara Greece bakal menentang Armenia yang menewaskan Liechtenstein 3-0.

“Tidak, ia bukanlah Itali yang terbaik,” kata Mancini yang mengambil alih skuad itu sejak Mei 2018.

“Contohnya, pada babak kedua kami perlu menjaringkan lebih banyak gol. Itu perlu diperbaiki.

“Selepas setahun bekerja, kami berada di hadapan, kami baiki persembahan menerusi satu perlawanan kepada perlawanan lain, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.”

Itali kini mengumpul sembilan mata, Finland di tempat kedua dengan enam mata, diikuti Greece dan Bosnia-Herzegovina di tempat keempat. – AFP

Berita Harian X