Rabu, 12 Jun 2019 | 8:04am
Pemain Itali, Lorenzo Insigne (kanan) bersaing dengan pemain Bosnia, Darko Todorovic dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Allianz, di Turin. - Foto EPA
Pemain Itali, Lorenzo Insigne (kanan) bersaing dengan pemain Bosnia, Darko Todorovic dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Allianz, di Turin. - Foto EPA
Pertahanan Itali, Giorgio Chiellini (kiri) membawa bola di depan pemain Bosnia, Muhamed Besic dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Turin. - Foto AFP
Pertahanan Itali, Giorgio Chiellini (kiri) membawa bola di depan pemain Bosnia, Muhamed Besic dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Turin. - Foto AFP

Itali bangkit atasi Bosnia

TURIN, Itali: Lorenzo Insigne dan Marco Verratti meledak gol di babak kedua ketika membantu Itali bangkit menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-1 dan meneruskan rentak kemenangan pada kempen Euro 2020 kepada empat perlawanan.

Penyerang Roma, Edin Dzeko meletakkan Bosnia di depan pada minit ke-32 di Stadium Juventus - kali pertama tuan rumah dibolosi dalam kempen kelayakan Eropah kali ini.

Tetapi Insigne menyamakan kedudukan selepas rehat dengan rembatan voli dan kapten Napoli itu kemudian membuat umpanan untuk gol kemenangan Verratti empat minit sebelum tamat permainan.

Skuad kendalian Roberto Mancini kini mendahului Kumpulan J dengan 12 mata maksimum selepas empat perlawanan dan 13 jaringan berbanding satu bolos.

Pemain tengah Itali, Nicolo Barella (kiri) cuba mengasak penyerang Bosnia, Edin Dzeko dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Turin. - Foto AFP
Pemain tengah Itali, Nicolo Barella (kiri) cuba mengasak penyerang Bosnia, Edin Dzeko dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Turin. - Foto AFP

Bekas pengendali Manchester City dan Inter Milan itu berkata dia kagum dengan karakter ditunjukkan anak buahnya dalam kebangkitan ke atas Bosnia itu.

“Saya menjangkakan perlawanan yang sukar, tetapi kami menunjukkan kesungguhan dan keupayaan untuk mengatasinya,” kata Mancini.

“Perkara paling penting ialah kami kekal di puncak kumpulan, saya tidak melihat kepada pasukan lain.

“Kami mahu meletakkan diri kami di kedudukan terbaik bagi memastikan peluang di Euro 2020.”

Itali kini tiga mata di depan Finland yang menghuni tangga kedua, manakala Armenia ketiga, diikuti Bosnia dan Greece yang ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu.

Itali akan bertemu Armenia pada 5 September dengan Bosnia melayan kunjungan pasukan tercorot Liechtenstein. - AFP

Berita Harian X