Jumaat, 14 Jun 2019 | 8:49pm
KETUA Pegawai Eksekutif Sukan Al-Ikhsan, Vach Pillutla memperaga jersi kedua pasukan Liverpool FC di Football Republic, Sunway Piramid. NSTP/Amirudin Sahib.
KETUA Pegawai Eksekutif Sukan Al-Ikhsan, Vach Pillutla memperaga jersi kedua pasukan Liverpool FC di Football Republic, Sunway Piramid. NSTP/Amirudin Sahib.

Al-Ikhsan perkenal jersi terbaharu Liverpool

 

KUALA LUMPUR: Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd memperkenalkan jersi tempat lawan kelab bola sepak Liverpool (LFC) bagi musim 2019/20 di Football Republic, Sunway Piramid, hari ini. 

Sebagai syarikat yang mendapat lesen mengedarkan barangan kelab Liga Perdana Inggeris itu, Al-Ikhsan Sports akan meneruskan jelajah memperkenalkan jersi terbaru The Reds itu ke beberapa lokasi terpilih.

Selain jersi akan digunakan pada kempen Liga Perdana Inggeris musim depan, Al-Ikhsan turut menawarkan barangan ekslusif kelab berkenaan yang baharu saja menjuarai Liga Juara-Juara buat kali keenam.  

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata pihaknya membuka peluang kepada penyokong setia kelab itu menunjukkan rasa bangga terhadap Liverpool.

"Dengan koleksi ekslusif ini, kami mahu peminat menzahirkan sokongan dan rasa bangga mereka kepada Liverpool. Selaku pemegang lesen, koleksi ini hanya boleh dibeli di Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di seluruh semenanjung Malaysia.

"Kami menerima banyak maklum balas positif daripada peminat terhadap barangan ekslusif dijual di premis kami. Oleh itu, kami yakin koleksi 'Sang Juara' ini akan dapat sokongan luar biasa daripada peminat setia," katanya pada Majlis Pelancaran di Foorball Republic Sunway Piramid.

 

 

Berita Harian X