Khamis, 20 Jun 2019 | 7:11am
MARCO Giampaolo. - Foto Reuters

Giampaolo dilantik jurulatih AC Milan

MILAN: Bekas bos Sampdoria, Marco Giampaolo dilantik sebagai jurulatih baharu AC Milan menerusi perjanjian dua tahun, umum kelab Serie A itu awal pagi tadi.

Pengendali berusia 51 tahun itu akan memulakan tugas dari 1 Julai, selain ada pilihan untuk tahun ketiga sebagai sebahagian perjanjian dilaporkan bernilai 2 juta euro (RM9.4 juta) setahun.

“Giampaolo kini akan melatih pasukan utama AC Milan pada hari pertama latihan musim baharu di Milanello pada 9 Julai,” kata kenyataan Milan.

Giampaolo menggantikan bekas pemain, Gennaro Gattuso yang meletak jawatan bulan lalu di sebalik laporan masalah kewangan selepas mengemudi kelab berkenaan ke tangga kelima Serie A.

Pengarah sukan, Leonardo juga meninggalkan kelab dengan bekas pemain Zvonimir Boban dan Paolo Maldini dibawa masuk untuk mengubah juara Eropah tujuh kali itu.

Giampaolo mengetuai Sampdoria ke kedudukan kesembilan musim lalu selain pernah melatih Empoli, Brescia and Cagliari. - AFP

Berita Harian X