Sabtu, 6 Julai 2019 | 11:30pm
Pemain Pahang, Saddil Ramdani (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Pahang kembali huni tangga kedua liga

KUANTAN: Pahang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi untuk kembali menghuni tangga kedua Liga Super manakala The Hawks kekal di tangga ke-11 dalam zon penyingkiran.

Tuan rumah yang merehatkan beberapa pemain utama termasuk Dickson Nwakaeme, berpeluang mendahului permainan pada minit ke-27 namun penyerang import, Lazarus Kaimbi gagal memanfaatkan sepakan penalti yang diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.


Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh diasak pemain Kuala Lumpur, Paulo Josue Sturmer Dos Reis dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah sekali lagi dihadiahkan penalti oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, dan Herold Goulon menyempurnakan sepakan untuk Pahang mendahului pada minit ke-57.

Ketika permainan hampir tamat, pemain tengah Nor Azam Azih menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah untuk mengesahkan tiga mata berharga.

 

Berita Harian X