Ahad, 14 Julai 2019 | 11:23am
Penyerang Inter Milan dari Argentina, Mauro Icardi. - Foto REUTERS
Penyerang Inter Milan dari Argentina, Mauro Icardi. - Foto REUTERS

Inter Milan setuju lepaskan Icardi

ROME: Penyerang Inter Milan dari Argentina, Mauro Icardi sudah meninggalkan kem latihan pra musim di Switzerland, menurut jurucakap kelab Serie A pagi ini, sekali gus menghangatkan spekulasi masa depannya bersama kelab itu.

Musim lalu, pemain Argentina itu yang dilucutkan lilitan kapten susulan masalah kontrak selepas dia dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus.

Icardi salah seorang penjaring terbanyak Serie A musim 2017-18 dengan 29 gol tetapi hanya menjaringkan 11 gol musim lalu dan menghabiskan tempoh 53 hari sebagai pemain simpanan selepas tugas kapten diambil alih penjaga gol, Samir Handanovic.

"@MauroIcardi akan kembali ke Milan hari ini dari kem latihan di Lugano,” kata Inter dalam Twitter.

"Kelab dan penyerang itu mencapai persetujuan bersama. Icardi akan kembali menjalani latihan pra musim beberapa hari lagi dan tidak akan menyertai jelajah musim panas di Asia.

Inter Milan berdepan kempen tidak menentu musim lalu, hanya menduduki tangga keempat dan meraih slot Liga Juara-Juara pada hari terakhir Serie A.

Luciano Spalletti melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih pada Mei lalu dengan bekas pengurus Juventus, Itali dan Chelsea, Antonio Conte kini mengambil alih tugasnya.

Setakat ini, Inter sudah mendapatkan khidmat masuk pertahanan berpengalaman, Diego Godin dari Atletico Madrid dengan yuran percuma dan menandatangani pemain tengah Itali, Nicolo Barella dari Cagliari. – AFP

Berita Harian X