Ahad, 28 Julai 2019 | 11:38am
PAUL Pogba dan Gareth Bale

Keluarkan Bale, dapatkan Pogba

LONDON: Manchester United cuba menahan serangan hebat Real Madrid selepas Zinedine Zidane mengarahkan bos Bernabeu: Dapatkan saya Paul Pogba.

Dengan Gareth Bale yang berada di ambang perjanjian dengan bayaran 1 juta pound (RM5.10 juta) seminggu bersama Kelab Jiangsu Suning yang beraksi di Liga Super China, Real pula bersedia meningkatkan usaha membawa Pogba ke Bernabeu.

Perpindahan Bale yang dibayar £600,000 pound (RM3.05 juta) seminggu akan memberikan pasukan itu lebih kelonggaran - dan gergasi Sepanyol itu akan mempunyai kewangan lebih kukuh untuk menarik Pogba.

United bagaimanapun menegaskan mereka tidak berminat untuk menjual pemenang Piala Dunia 2018 berkenaan tatkala musim baharu semakin hampir.

Namun ia tidak akan menghentikan usaha Real mendapatkan pemain tengah Perancis itu sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris menutup tirai pada 8 Ogos.

Mereka perlu memecahkan rekod perpindahan sendiri - seperti mana dilakukan pada awal musim ini apabila membayar £89 juta pound (RM453 juta) untuk mendapatkan pemain Chelsea, Eden Hazard.

Laporan di Sepanyol mendakwa Madrid perlu mencari £150 juta pound (RM764) untuk memikat United menjual pemain berusia 26 tahun itu.

Ketika ini, dia masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun apabila menyertai The Reds pada 2016 dari Juventus menerusi rekod United dengan perjanjian bernilai £89 juta pound (RM453 juta).

United menegaskan mereka tidak membuat sebarang penilaian terhadap Pogba kerana mahu mengekalkannya dan membina semula pasukan selepas pemecatan Jose Mourinho serta penamat tempat keenam yang membuatkan pasukan itu terlepas kelayakan Liga Juara Juara. – Agensi

Berita Harian X