Isnin, 29 Julai 2019 | 10:46am
Mesut Ozil (kiri) dan Sead Kolasinac. - Foto AFP
Mesut Ozil (kiri) dan Sead Kolasinac. - Foto AFP

Ozil, Kolasinac belum sedia - Emery

LONDON: Unai Emery mendedahkan ketiadaan Mesut Ozil dan Sead Kolasinac ketika kekalahan Arsenal kepada Lyon adalah disebabkan minda mereka ‘tidak 100 peratus’ bersama pasukan selepas terbabit dengan insiden cubaan merompak kenderaan.

Rakaman video mengenai insiden yang menunjukkan Kolasinac melawan dua penjenayah bertopeng dan bersenjata yang cuba merampas kereta dinaiki Ozil tular, sehari sebelum pertemuan Gunners dengan Lyon di Emirates.

Kedua-dua pemain tidak mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan tetapi Emery merasakan adalah lebih baik mereka menghabiskan masa bersama keluarga berbanding beraksi di atas padang yang menyaksikan Gunners tewas 1-2.

“Setiap pemain penting untuk pasukan, tetapi ada masa dan keadaan di mana kami memberikan pilihan di antara pemain dan juga kami,” kata Emery. “Ia bukan masa yang bagus untuk mereka bermain kerana minda mereka tidak 100 peratus.

“Ia amat peribadi dan perkara paling penting ketika ini adalah mereka merasa baik, selamat dan mereka boleh merasainya bersama keluarga mereka.”

Polis Metropolitan sedang menjalankan menyiasat terhadap insiden berkenaan dengan kedua-dua pemain menggunakan media sosial untuk menenangkan peminat masing-masing.

Kolasinac memaparkan gambarnya dan menulis “Saya fikir kami tidak apa-apa” manakala Ozil berkata dia dan keluarga “Pulih seperti biasa” dan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan dan sokongan mereka. 

Isteri Ozil berada dalam kenderaan ketika insiden berkenaan.

Emery dalam pada itu turut mendedagkan kedua-dua pemain berkenaan melaporkan untuk menjalani latihan pada pagi sebelum perlawanan tetapi melepaskan mereka dan menunggu selama beberapa hari sebelum kembali bersama pasukan. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X