Sabtu, 17 Ogos 2019 | 8:52am
Penyerang Lyon, Memphis Depay (kanan) melihat sepakannya menerjah masuk ke gawang Angers yang gagal diselamatkan penjaga golnya, Ludovic Buttele (tengah) pada perlawanan Ligue 1, hari ini. - Foto AFP

Depay, Dembele cetus pesta gol Lyon

LYON: Penyerang Lyon Memphis Depay dan Moussa Dembele masing-masing menjaringkan dua gol dalam kemenangan 6-0 ke atas Angers dalam aksi Ligue 1.

Pemain tengah Houssem Aouar dan muka baharu Jean Lucas turut menemui sasaran untuk membantu pengendali Lyon, Sylvinho dan pengarah sukan Juninho mengekalkan permulaan sempurna bersama kelab itu.

Pemain 21 tahun, Aouar yang membuat umpanan untuk kedua-dua gol Depay, memuji penyerang Belanda itu yang kini mengumpul tiga gol daripada dua perlawanan musim ini.

“Dia pemain hebat dan ia mudah bagi saya, serta seluruh pasukan untuk menghantar bola kepadanya. Kami tahu apabila dia mempunyai peluang ia pasti akan berakhir di dalam gawang,” kata Aouar.

“Kami gembira dengan persembahan kami, kami fokus hingga ke wisel penamat, dan keputusan sebegini pasti muncul apabila bermain seperti itu.”

 

Aouar membuka jaringan pada minit ke-11 dan Dembele menambah jaringan pada minit ke-36.

Dua gol Depay hadir tiga minit sebelum dan selepas rehat, manakala Dembele meledak gol keduanya pada minit ke-65. Pemain gantian, Lucas melengkapkan kemenangan Lyon tujuh minit kemudian. – AFP

 

Berita Harian X