Jumaat, 30 Ogos 2019 | 8:32pm
Undian Liga Europa. - Foto AFP

Arsenal berdepan Eintracht, Man Utd ke Kazakhstan

MONACO: Naib juara musim lalu, Arsenal diletakkan dalam kumpulan sama dengan Eintracht Frankfurt pada undian peringkat kumpulan Liga Europa di Monaco sebentar tadi manakala Manchester United akan berdepan melakukan kunjungan jauh ke Kazakhstan.

Skuad Unai Emery, Arsenal tewas kepada Chelsea pada final di Baku selepas Eintracht disingkirkan oleh skuad sama menerusi penalti pada separuh akhir.

Standard Liege dan wakil Portugal, Vitoria Guimaraes juga berada dalam Kumpulan F.

United, juara Liga Europa pada 2017, akan berdepan Astana dari Kazakhstan selain Partizan Belgrade dan bekas finalis, AZ Alkmaar dari Belanda dalam Kumpulan L.

Wolverhampton Wanderers, pasukan ketiga dari England dalam undian itu, akan berdepan pasukan Turki, Besiktas dalam Kumpulan K.

Sementara itu juara Scotland, Celtic akan bertemu Lazio dan Rennes dalam Kumpulan E selain CFR Cluj, pasukan Romania yang menewaskan mereka pada kelayakan Liga Juara-Juara.

Satu lagi pencabar dari Scotland, Rangers akan berdepan bekas juara Eropah, Porto dan Feyenoord selain Young Boys dalam Kumpulan G. 

 

UNDIAN LIGA EUROPA

Kumpulan A: Sevilla (ESP); APOEL (CYP); Qarabag (AZE); Dudelange (LUX)

Kumpulan B: Dynamo Kiev (UKR); FC Copenhagen (DEN); Malmo (SWE); Lugano (SUI)

Kumpulan C: Basel (SUI); Krasnodar (RUS); Getafe (ESP); Trabzonspor (TUR)

Kumpulan D: Sporting Lisbon (POR); PSV Eindhoven (NED); Rosenborg (NOR); LASK Linz (AUT)

Kumpulan E: Lazio (ITA); Celtic (SCO); Rennes (FRA); CFR Cluj (ROU)

Kumpulan F: Arsenal (ENG); Eintracht Frankfurt (GER); Standard Liege (BEL); Vitoria Guimaraes (POR)

Kumpulan G: Porto (POR); Young Boys (SUI); Feyenoord (NED); Rangers (SCO)

Kumpulan H: CSKA Moscow (RUS); Ludogorets (BUL); Espanyol (ESP); Ferencvaros (HUN)

Kumpulan I: Wolfsburg (GER); Gent (BEL); Saint-Etienne (FRA); Olexandriya (UKR)

Kumpulan J: Roma (ITA); Borussia Moenchengladbach (GER); Istanbul Basaksehir (TUR); Wolfsberger AC (AUT)

Kumpulan K: Besiktas (TUR); Sporting Braga (POR); Wolverhampton Wanderers (ENG); Slovan Bratislava (SVK)

Kumpulan L: Manchester United (ENG); Astana (KAZ); Partizan Belgrade (SRB); AZ Alkmaar (NED)

- AFP

Berita Harian X