Jumaat, 20 September 2019 | 3:12pm
PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood. - Foto AFP

Greenwood bukti jelmaan United lama sudah kembali

MANCHESTER: Jaringan pertama Mason Greenwood membantu kemenangan United 1-0 Liga Europa ke atas Astana membuktikan betapa Manchester United kembali fokus kepada pembangunan bakat muda selepas pemergian Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Rata-rata penyokong mempersoalkan kegagalan United membawa masuk pengganti selepas Lukaku berpindah ke Inter Milan bulan lalu dan diikuti Sanchez ke kelab sama secara pinjaman.

Solskjaer meletakkan kepercayaan terhadap graduan akademi, Greenwood dan pemain berusia 17 tahun itu tidak menunggu lama untuk muncul selaku pemain pertama United yang lahir pada era tahun 2000-an meledak jaringan di peringkat senior.

"Untuk saya ia adalah keputusan yang tepat," kata Solskjaer kepada pemberita.

"Kerana untuk kelab dan dia (Greenwood), dia akan menjadi pemain penting pada musim ini. Dia tidak beraksi banyak setakat ini tetapi dia akan terus mendapat minit dan kami yakin bakatnya akan terus berkembang.

"Kami sentiasa sedar yang dia mempunyai penyudah yang hebat dalam kotak penalti. Jika anda mahu menjadi pemain United anda perlu bijak menangani penyokong. Mason memenangi aksi untuk kami, jadi kami gembira dengannya."

Era kegemilangan United di bawah kendalian bekas bosnya, Sir Alex Ferguson dibina menggunakan bakat muda daripada sistem pembangunan akar umbi kelab itu dan kini pendekatan sama bakal diterapkan Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu tidak pernah takut untuk memberi peluang buat bakat muda dan polisi itu terus digunanya ketika berdepan juara Kazakstan itu dengan Angel Gomes dan Tahith Chong turut disenaraikan dalam kesebelasan utama. - REUTERS

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X