Selasa, 1 Oktober 2019 | 7:18am
Jaringan Aubameyang yang diperoleh menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan Manchester United kemenangan di Old Trafford. - Foto Reuters
Jaringan Aubameyang yang diperoleh menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan Manchester United kemenangan di Old Trafford. - Foto Reuters
Pemain Manchester United, Victor Lindelof (kiri) merembat bola sambil cuba dihalang pemain Arsenal, Lucas Torreira dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Reuters
Pemain Manchester United, Victor Lindelof (kiri) merembat bola sambil cuba dihalang pemain Arsenal, Lucas Torreira dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Reuters
Pemain Arsenal, Sead Kolasinac (kanan) cuba mengekang pemain Manchester United, Marcus Rashford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Reuters
Pemain Arsenal, Sead Kolasinac (kanan) cuba mengekang pemain Manchester United, Marcus Rashford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Reuters

Aubameyang hampakan Man United

MANCHESTER: Jaringan Pierre-Emerick Aubameyang yang diperoleh menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan kemenangan Manchester United di Old Trafford apabila sekadar seri 1-1 dengan Arsenal, awal pagi tadi.

Rembatan menarik Scott McTominay meletakkan United mendahului pada minit ke-45 dalam perlawanan yang dianggap kurang berkualiti pada babak pertama.

Begitupun, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak berupaya mengutip tiga mata penuh apabila Aubameyang menyamakan kedudukan sebelum sejam perlawanan berlangsung.

Sekali pun jaringan penyerang antarabangsa Gabon itu pada awalnya dibatalkan susulan offsaid, ia kemudian dibenarkan menerusi campur tangan VAR.

Keputusan seri menyaksikan United ketika ini hanya menang dua daripada 12 perlawanan terakhir Liga Perdana sejak musim lalu dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Liverpool selepas tujuh perlawanan berlangsung musim ini.

Rembatan menarik Scott McTominay (kanan) meletakkan United mendahului pada minit ke-45 dalam perlawanan. - Foto Reuters
Rembatan menarik Scott McTominay (kanan) meletakkan United mendahului pada minit ke-45 dalam perlawanan. - Foto Reuters

Pemain Manchester United, Daniel James (kiri) terjatuh ketika bersaing dengan pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi (kanan) dalam aksi di Old Trafford. - Foto AFP
Pemain Manchester United, Daniel James (kiri) terjatuh ketika bersaing dengan pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi (kanan) dalam aksi di Old Trafford. - Foto AFP

Satu mata bagaimanapun sudah cukup untuk memacu Arsenal kembali ke kelompok empat terbaik dan mengekalkan kelebihan tiga mata di depan United yang berada di tangga ke-10.

Sejak bertahun-tahun, pertembungan di antara Arsenal dan United dianggap antara paling menarik dalam liga dengan kedua-duanya adalah juara di antara musim 1996 hingga 2004.

Begitupun, pertembungan mereka yang berlangsung pada awal pagi Selasa adalah kerana kedua-duanya tidak terbabit dalam saingan elit, Liga Juara-Juara dengan prestasi yang ditampilkan sepanjang 45 minit pertama permainan tampak mengecewakan. - AFP

Berita Harian X