Selasa, 1 Oktober 2019 | 10:24am
Emery mempertahankan penggunaan VAR selepas teknologi berkenaan memihak skuad kendaliannya Arsenal ketika seri 1-1 menentang Manchester United, awal pagi tadi. - Foto AFP
Emery mempertahankan penggunaan VAR selepas teknologi berkenaan memihak skuad kendaliannya Arsenal ketika seri 1-1 menentang Manchester United, awal pagi tadi. - Foto AFP

Emery pertahan VAR

MANCHESTER: Unai Emery mempertahankan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas teknologi berkenaan memihak skuad kendaliannya Arsenal ketika seri 1-1 menentang Manchester United, awal pagi tadi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu melihat pemainnya bangkit untuk mencuri satu mata berharga daripada United yang dibimbing Ole Gunnar Solskjaer dengan VAR mengembalikan jaringan Gunners selepas ia dikatakan offsaid.

Jaringan penyamaan Pierre-Emerick Aubameyang pada babak kedua di Old Trafford itu pada awalnya dibatalkan tetapi selepas mendapatkan pandangan VAR, ia menunjukkan pertahanan United, Harry Maguire berada di belakang penyerang Gabon itu.

Campur tangan penting daripada VAR itu membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan Scott McTominay pada babak pertama dan bagi Emery, tindakan sistem mengembalikan semula gol itu sebagai tepat.

“Bagi saya, ia amat jelas. Ia adalah VAR. Ia menunjukkan jika sesuatu itu bagus atau tidak bagus dan tindakannya adalah jelas,” kata Emery. “Pengadil perlu menunggu dan menghentikan permainan dan mengibarkan semula bendera selepas itu.

“Ini adalah kali pertama buat pengadil dan juga kami. Saya berkata sejak awal apabila Liga Perdana memutuskan untuk menggunakan VAR, ia positif. Ia adil untuk kedua-dua pasukan dan selepas kami mengadaptasinya, kami tahu bagaimana untuk menggunakannya.

“Dia Eropah, mereka menggunakannya lebih kerap berbanding di sini, lebih banyak aksi, tetapi aksi di sini amat jelas.”

VAR juga digunakan beberapa minit sebelum jaringan penyamaan Arsenal apabila hantaran Jesse Lingard tampak terkena tangan Sead Kolasinac tetapi rayuan tuan rumah mendapat penalti tidak dilayan pengadil, Kevin Friend dengan keputusannya kemudian disahkan oleh teknologi itu. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X