Sabtu, 5 Oktober 2019 | 8:36am
Pemain Roma, Nicolo Zaniolo (kiri) beraksi ketika pasukannya menentang Wolfsberg pada kelayakan Euro 2020. - Foto EPA
Pemain Roma, Nicolo Zaniolo (kiri) beraksi ketika pasukannya menentang Wolfsberg pada kelayakan Euro 2020. - Foto EPA

Zaniolo kembali

PARIS: Bintang Roma Nicolo Zaniolo kembali mendapat kepercayaan Roberto Mancini untuk disenaraikan bagi kempen kelayakan Euro 2020 Itali berdepan Greece dan Liechtenstein.

Sensasi muda kian meningkat berusia 20 tahun itu digugurkan oleh Mancini ketika Azzurri mencatat kemenangan Kumpulan J ke atas Armenia dan Finland ekoran masalah disiplin.

Itali kini hanya memerlukan kemenangan ke atas Greece bagi aksi di Rome hujung minggu depan untuk mengesahkan slot ke Euro 2020.

Dengan dua pasukan layak daripada setiap kumpulan, mereka kini selesa di tangga teratas dengan kelebihan enam mata ke atas pasukan tangga kedua Finland dan sembilan mata di atas Armenia.

Selepas Greece, tiga hari kemudiannya mereka akan bertandang ke Liechtenstein bagi melengkapkan jadual kumpulan.

Zaniolo dan Moise Kean digugurkan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Eropah B-21 musim panas lalu, selepas tiba lewat bagi sesi video sebelum Mancini memutuskan untuk memanjangkan hukuman terbabit.

Bagaimanapun, Kean gagal memikat hati Mancini kali ini selepas membuat permulaan karier yang baik di Liga Perdana Inggeris bersama Everton.

Turut terlepas tempat adalah pemain veteran Boca Juniors, Daniele De Rossi yang gagal dalam usahanya untuk membuat penampilan di bekas stadiumnya iaitu Stadio Olimpico yang menjadi gelanggang pertandingan pada Sabtu ini.

De Rossi sudah bersara daripada pentas antarabangsa selepas aksi play-off menentang Sweden yang menyekat kemaraan Itali ke Piala Dunia 2018, namun media Itali percaya dia akan membuat kemunculan emosi di ibu kota Itali itu, yang mana dia beraksi selama dua dekad buat Roma. - AFP

Skuad Itali

Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Pierluigi Gollini (Atalanta), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Torino)

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Cristiano Biraghi (Inter), Leonardo Bonucci (Juventus), Danilo D'Ambrosio (Inter Milan), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Alessandro Florenzi (Roma), Armando Izzo (Torino), Gianluca Mancini (Roma), Alessio Romagnoli (AC Milan), Leonardo Spinazzola (Roma)

Tengah: Nicolo Barella (Inter Milan), Federico Bernardeschi (Juventus), Bryan Cristante (Roma), Jorginho (Chelsea), Stefano Sensi (Inter Milan), Marco Verratti (Paris Saint-Germain), Nicolo Zaniolo (Roma)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Federico Chiesa (Fiorentina), Stephan El Shaarawy (Shanghai Shenhua), Vincenzo Grifo (Freiburg), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli)

Berita Harian X