Rabu, 9 Oktober 2019 | 10:02pm
OUSMANE Dembele

Dembele digantung 2 perlawanan, terlepas aksi Clasico

MADRID: Ousmane Dembele akan terlepas saingan Clasico pertama musim ini antara Barcelona dan Real Madrid selepas dia digantung dua perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) hari ini.

Dembele dibuang padang pada penghujung saingan Barca menang 4-0 mengatasi Sevilla Ahad lalu kerana berkata kepada pengadil Mateu Lahoz: “sangat teruk, sangat teruk.”

Jawatankuasa disiplin pengadil RFEF memutuskan reaksi Dembele sebagai “tingkah laku tidak menghormati pengadil” dan menggantung pemain Perancis itu untuk dua perlawanan.

Ia bermakna Dembele tidak akan bermain dalam saingan La Liga buat Barca di Eibar pada 19 Oktober dan di laman sendiri berdepan Real Madrid pada 26 Oktober.

Madrid dan Barca masing-masing berkedudukan pertama dan kedua liga selepas lapan perlawanan.

Pertahanan berusia 20 tahun, Ronald Araujo dan Gerard Pique masing-masing digantung satu perlawanan juga akan terlepas aksi berdepan Eibar. - AFP

 

 

Berita Harian X