Rabu, 16 Oktober 2019 | 8:21am
Penyerang Itali, Andrea Belotti merembat lalu membolosi gawang Liechtenstein pada perlawanan kelayakan Euro 2020, pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Itali, Andrea Belotti merembat lalu membolosi gawang Liechtenstein pada perlawanan kelayakan Euro 2020, pagi tadi. - Foto AFP

Itali kekal rekod sempurna belasah Liechtenstein

VADUZ: Itali  yang sudahpun layak ke Euro 2020, mengekalkan aksi sempurna Kumpulan J sekali gus merakam rekod sembilan kemenangan sederet selepas membelasah Liechtenstein 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan di sini, pagi tadi.

Itali mengetuai Kumpulan J dengan mengumpul 24 mata daripada lapan perlawanan manakala Finland di tangga kedua dengan 15 mata, lima mata di depan Armenia dan Bosnia hasil kemenangan 3-0 mengatasi Armenia. 

Kemenangan Itali itu termasuk kejayaan menewaskan Amerika Syarikat dalam aksi persahabatan ditambah dengan lapan kemenangan Kelayakan Euro adalah pencapaian terbaik sejak kejayaan dilakar skuad bimbingan Vittorio Pozzo pada 1938-39.

Pozzo membantu Itali menang dua Piala Dunia pada 1934 dan 1938 dan meraih pingat emas Olimpik pada 1936 di Berlin.

"Saya lebih kagum dengan rekodnya di Piala Dunia dan Olimpik, bagi saya, menang Euro 2020 sudah memadai,” kata Mancini.

Bekas pengurus Inter Milan dan Manchester City yang berusia 54 tahun itu mengambil alih tugas jurulati Itali pada Mei 2018 sejurus Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia di Russia.

Pemain Itali, Giovanni Di Lorenzo (kiri) mengawal bola dari pemain liechtenstein, Max Goeppel pada perlawanan kelayakan Euro 2020, pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Itali, Giovanni Di Lorenzo (kiri) mengawal bola dari pemain liechtenstein, Max Goeppel pada perlawanan kelayakan Euro 2020, pagi tadi. - Foto EPA

Pada perlawanan pagi tadi, Mancini melakukan 10 pertukaran berbanding skuad yang mengatasi Greece Ahad lalu dan memberi peluang kepada Giovanni Di Lorenzo beraksi pertama kali dalam peringkat antarabangsa.

Begitupun Liechtenstein hampir mengejutkan pelawat seawal 40 saat apabila Dennis Salanovic memaksa Salvatore Sirigu menyelamatkan gawang dengan kedua kakinya namun Itali memecah kebuntuan untuk di depan menerus jaringan Bernardeschi pada minit kedua.

Itali kemudian bergelut mencari rentak dan Sirigu sekali lagi dipaksa menyelamatkan cubaan bahaya dari Salanovic sejurus babak kedua bersambung sebelum Itali berjaya merobek pertahanan tuan rumah.

Tandukan Andrea Belotti pada minit ke-70 disusuli gol ketiga tujuh minit kemudian oleh Alessio Romangnoli serta penyudah S. El Shaarawy pada minit ke-82 melengkapkan malam gemilang buat Itali.

Bosnia pula harus menyalahkan diri sendiri selewpas kalah 1-2 di tangan Greece apabila Adnan Kovacevic tertampan bola ke gawang sendiri dua minit sebelum tamat perlawanan. – Reuters

Berita Harian X