Jumaat, 18 Oktober 2019 | 12:20pm
Pengendali Chelsea, Frank Lampard.

Cadangan UEFA mudaratkan pemain – Lampard

LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard melihat tiada keperluan untuk kelab menyertai lebih banyak pertandingan peringkat Eropah tatkala perbincangan mengenai masa depan Kejohanan Liga Juara-Juara yang sedang dirancang oleh UEFA disambut dingin kebanyakan kelab.

Persatuan Kelab Bolasepak Eropah (EC) yang mewakili lebih 200 kelab perlu berdepan lebih banyak jadual pertandingan dan kelab  apabila format baharu pertandingan itu diperkenalkan mulai 2024.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan daripada pengeloloa liga utama yang mahu melihat pertandingan itu tidak menjejaskan perjalanan liga tempatan yang sememangnya sudah padat.

"Ketika ini, pada saya tahap pertandingan sudah memadai,” kata Lampard kepada wartawan ketika hadir persidangan berkenaan.

"Kejohanan itu bagus, kami akan ada perlawanan peringkat kumpulan, sebagai pengurus, saya secara peribadi suka format baharu itu.

"Jika kamu tanya bolehkah kami bermain lebih banyak perlawanan Eropah, saya tidak pasti di manakah ruang kamu boleh meletakkan pemain yang sudahpun berdepan jadual padat.

"Saya selalu berdepan masalah pemain gagal menepati tahap kualiti permainan dan isu kecergasan dan pada saya cadangan ini perlu lebih banyak perbincangan mengenai bagaimana ia dapat dilaksanakan.”

Lampard berkata jadual sedia ada termasuk pertandingan Piala Liga sudah cukup menyaksikan anak buahnya bergelut dan satu mala petaka jika ada yang cedera.

"Kami memenangi beberapa kali ketika bersama Chelsea dan ia piala pertama yang saya menangi,” katanya.

Cadangan awal UEFA itu yang dibentangkan kepada ECA awal tahun ini tidak mendapat sokongan.

Mengikut cadangan itu, tiga kejohanan peringkat Eropah akan diperkenalkan yang membuka ruang kepada kelab yang naik pangkat dan tersingkir dari liga tempatan bertanding dalam kumpulan masing-masing.

Kelab utama liga akan berdepan dalam kejohanan Liga Juara-Juara bentuk baharu tetapi akan diwakili 24 atau 32 pasukan, ia berbeza format ketika ini yang menyaksikan pasukan yang menduduki tempat teratas liga tempatan masing-masing akan melayakan diri.

Pengerusi Liga Eropah, Lars-Christer Olsson berkata, bola sepak, dan bukannya kewangan harus diberi keutamaan dalam melakar format baharu pertandingan yang di dicadangkan UEFA itu.

"Pokok perbincangan mestilah mengenai bola sepak dan bukannya mengenai hal agihan keuntungan,” katanya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEFA. 

"Kita perlu ingat bahawa kita dalam sukan nombor satu ini selamanya.”

Dalam pada itu, Marc Ingla, CEO Kelab Lille, Perancis berkata, dia setuju dan mahukan lebih aksi peringkat Eropah berkenaan.

"Semua kelab mahukan lebih aksi peringkat Eropah yang lebih baik tetapi bukan perlu menanggung kerugian dalam kejohanan itu, pada masa sama kita tidak mahu kehilangan bahagian peruntukan keuntungan yang akan digunakan sebagai modal kelab atau kita tidak mahuia hanya untuk memberi lebih keuntungan kepada kelab utama saja,” katanya. – Reuters

Berita Harian X