Isnin, 21 Oktober 2019 | 9:28am
BOUBACAR Kamara (tengah) ketika meraikan jaringan gol. - Foto Reuters

Marseille, Monaco baiki kedudukan 

PARIS: Olympique Marseille mendaki ke tangga keempat Ligue 1 hasil jaringan Boubacar Kamara dan Kevin Strootman yang membolehkan mereka menang 2-0 ke atas Strasbourg pagi tadi.

Dalam satu perlawanan, Monaco lega hasil jaringan lewat membolehkan menang 3-2 mengatasi Rennes manakala Girondins Bordeaux kalah 0-1 di tangan pelawat St Etienne.

Kamara memecah kebuntuan seawal minit ketiga bagi meletakkan bekas juara Eropah 1993 itu di depan dengan merembat melepasi jangkauan penjaga gol, Matz Sels selepas pertahanan Strasbourg gagal menangkis sepakan percuma.

Pasukan tuan rumah juga gagal menemui penyudah ketika cubaan pertahanan dari Croatia, Duje Caleta-Car dan sayap Serbia, Nemanja Radonjic terkena palang manakala rembatan jarak dekat pemain Argentina, Dario Benedetto tersasar.

Pemain midfield Belanda, Strootman meledak gol kemenangan di hujung saingan selepas Benedetto dijatuhkan.

Kemenangan itu membolehkan Marseille melonjak ke tangga keempat dengan 16 mata daripada 10 perlawanan manakala Strasbourg kekal tercorot dengan sembilan mata.

Wissam Ben Yedder pula menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 menyelamatkan Monaco selepas dua kali membenarkan lawan membolosi mereka hasil jaringan Faitout Maouassa dan Adrien Hunou.

Penyerang Islam Slimani, yang dipinjam dari Leicester City, menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum Ben Yedder menceriakan penyokong tuan rumah dengangol kemenanan sekali gus mebantu mereka berganjak ke tangga ke-14, mengelak zon penyingkiran.

Dalam pada itu, penalti minit ke-90 yang disempurnakan Denis Bouanga membolehkan St Etienne mencatat kejutan ke atas Bordeaux dan membantu mereka membaiki kedudukan di tangga ke-10. – Reuters

Berita Harian X