Isnin, 21 Oktober 2019 | 10:23am
PEP Guardiola

City belum sedia dakap Liga Juara-Juara - Guardiola

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan bahawa anak buahnya masih belum bersedia menjulang trofi Liga Juara-Juara.

City memberikan reaksi itu selepas berdepan kekalahan tak disangka dalam Liga Perdana Inggeris apabila kalah di tangan Wolves namun berjaya bangkit mengatasi Crystal Palace 2-0 kelmarin.

City kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga Liverpool menjelang persiapan menentang Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Meskipun hebat menguasai liga tempatan, namun Guardiola percaya anak buahnya masih jauh daripada menguasai pentas Liga Juara-Juara.

"Penyokong memperkatakan mengenai Liga Juara-Juara, itulah sasarnya. Tapi kami belum bersedia,” kata Guardiola, yang menyaksikan City tewas di suku akhir dalam kempen dua musim lalu.

"Kami banyak mencipta peluang, tidak bolos, tapi kami perlu kerja keras lagi. Kami banyak menyumbat gol dalam dua musim terakhir dan kemampuan dari segi itu tidak diragui, tapi kami masih perlu kerja keras lagi.”

Gabriel Jesus menyumbat gol kemenangan di Selhurst Park, yang menyaksikan gol ke-50 dicetak pemain Brazil itu sejak pindah dari Palmeiras pada 2017.

"Dia [Jesus] masih memiliki karier yang panjang dan mentalitinya akan membantunya mencapai kemenangan. Dia memang dahagakan gol, dia pasti akan muncul penyerang utama yang mendapat tempat seluruh dunia dan kami bertuah dapat memilikinya,” kata Guardiola.

"Gabriel lagi awal sudah memperagakan kehebatannya. Malangnya kami ada dua pemain yang cedera teruk. Musim lalu dia bergelut selepas Piala Dunia, tapi dia memang pemain gigih.

"Dia adalah pemain nombor sembilan Brazil. Kelab ini membeli pemain bernilai dengan harga yang sangat berpatutan, dia adalah pemain luar terbaik kami beli.

"Untuk menandingi Sergio [Aguero] mungkin sedikit sukar. Sergio adalah legenda, pemain luar biasa tapi Gabriel sangat tenang.

"Dia adalah pencabar sejati, dia boleh menerima setiap keputusan dan jika dia berlatih, dia seperti seekor haiwan dan dia masih muda, banyak lagi ruang untuk dia meningkat maju.” – Agensi

Jadual Liga Juara-Juara

ESOK

Kumpulan A

Club Brugge mln Paris Saint-Germain, 3 pg

Galatasaray mln Real Madrid, 3 pg

Kumpulan B

Olympiacos mln Bayern München, 3 pg

Tottenham mln Crvena Zvezda, 3 pg

Kumpulan C

Shakhtar Donetsk mln Dinamo Zagreb, 12.55mlm

Man City mln Atalanta, 3 pg

Kumpulan D

Atletico Madrid mln Bayer Leverkusen, 12. 55 mlm

Juventus mln Lokomotiv Moscow, 3 pg

RABU

Kumpulan E

Genk mln Liverpool, 3 pg

Salzburg mln Napoli, 3 pg

Kumpulan F

Inter mln Borussia Dortmund, 3 pg

Slavia Prague mln Barcelona, 3 pg

Kumpulan G

Leipzig mln Zenit, 3 pg

Benfica mln Lyon, 3 pg

Kumpulan H

Ajax mln Chelsea, 12. 55 tgh mlm

Lille mln Valencia, 3 pg

Berita Harian X