Isnin, 21 Oktober 2019 | 11:45am
MAURICIO Pochettino.

Spurs masih 'berjuang' kekalkan Pochettino

LONDON: Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld menegaskan Spurs masih ‘berjuang’ mengekalkan pengurus, Mauricio Pochettino biarpun bergelut mencari kemenangan kelab itu.

Spurs mencatatkan keputusan mengecewakan apabila seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana kepada Watford pada awal pagi semalam, menyaksikan Tottenham hanya merakam satu kemenangan daripada tiga perlawanan dalam semua kejohanan.

Tottenham bakal menerima kunjungan Crvena Zvezda bagi saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Masa depan Pochettino dipersoalkan selepas Tottenham kini di kedudukan ketujuh liga, sementara kekalahan memalukan 7-2 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum rehat perlawanan antarabangsa masih belum dapat dilupakan.

“Pasukan masih di padang dan anda lihat kami masih berjuang,” kata Alderweireld.


TOBY Alderweireld

“Semua orang menyokong kelab ini dan pengurusnya juga, jika tidak, kami tidak boleh berusaha seperti mana kami lakukan ketika ini.

“Saya rasa kami tidak membuat keputusan yang tepat. Pada penghujungnya mereka memperoleh bola dari jarak jauh dan mereka menjaringkannya.

“Ia sukar, tidak positif, tetapi dalam babak kedua kami menukar permainannya.

“Kami melakukannya lebih baik. Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Kami perlu perbaiki dan perbaiki dan perbaiki. Ia adalah pemain yang sama (seperti musim lalu) dan kami perlu lakukannya.”

– Agensi

Berita Harian X