Isnin, 21 Oktober 2019 | 10:47pm
PENYERANG Juventus, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo gemar pendekatan Sarri di Juventus

ROM: Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo memberi sokongan kepada Maurizio Sarri apabila berkata dia gembira pendekatan `lebih banyak menyerang’ yang diamalkan oleh kelab berkenaan sejak jurulatih terbabit diambil membimbing pada musim panas.

“Saya fikir pasukan semakin bertambah baik,” kata Ronaldo menjelang aksi Juventus menentang Lokomotiv Moscow pada saingan Liga Juara-Juara bagi Kumpulan D.

“Kami semakin bertambah yakin. Kami beraksi berbeza dari segi corak permainan, lebih banyak menyerang.

Saya suka dengan cara beliau (Sarri) inginkan kami beraksi. Kami mencipta lebih banyak peluang, kami bertambah yakin pada diri sendiri. Kami gembira dengan perubahan ini.

“Mungkin kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tapi saya bangga dengan apa yang kami lakukan sekarang,”.

Setakat musim ini, Ronaldo sudah menjaringkan lima gol daripada sembilan perlawanan termasuk hujung minggu lalu ketika Juventus mengatasi Bologna 2-1 untuk merampas takhta Serie A.

“Peranan saya tidak berubah, namun saya boleh bergerak lebih bebas. Saya gembira kerana sedikit demi sedikit, kami bergerak ke arah yang disasarkan. Kami memiliki jurulatih berbeza, sistem berlainan dan pemain baharu. Kami berubah untuk terus meningkat,”.

Minggu lalu, pemenang lima gelaran Ballon d’Or itu menjaringkkan gol ke-700 peribadi ketika beraksi untuk Portugal.

- AFP

Berita Harian X