Sabtu, 26 Oktober 2019 | 7:30pm
Penyokong membeli 'mafla' yang dijual di luar Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Anggota polis memeriksa beg setiap penyokong sebagai langkah keselamatan di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Penyokong JDT bersemangat bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Penyokong JDT bersemangat bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Penyokong Selangor dan JDT di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Penyokong Selangor, JDT juga sudah banjiri Stadium Shah Alam

SHAH ALAM: Betul-betul meriah!

Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan suasana terkini di Stadium Shah Alam di sini, menjelang sepak mula aksi kedua separuh akhir antara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), jam 9 malam ini.

Stadium Shah Alam yang selama ini tampak sedikit sepi akhirnya ‘dikejutkan’ dengan kehadiran puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan yang hadir bagi menyaksikan perlawanan dijangka sengit itu.

Tidak keterlaluan jika aksi kedua separuh akhir ini sudah boleh dianggap persis final terutama selepas melihat kehadiran mega penonton dan reputasi kedua dua pasukan yang akan berentap malam ini.

Beraksi di stadium keramat Selangor itu, penyokong The Red Giants jelas mendominasi ‘perang pemain ke-12’ dan situasi dijangka lebih hangat dengan laungan kata-kata semangat serta pukulan gendang daripada penyokong masing masing.

Penyokong Selangor kelihatan bersemangat hadir memberi sokongan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Penyokong cilik Selangor turut hadir memberi sokongan di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Penyokong beratur ketika hadir memberi sokongan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Setakat jam 7 malam, bahagian tengah stadium sudah pun dibanjiri penyokong Selangor sehingga mewujudkan Lautan Merah Kuning.

Penyokong JDT juga tidak kurang hebatnya apabila mereka juga tidak terlepas untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Selatan dengan kehadiran mereka mencetuskan Gelombang Merah Biru.

Apa yang pasti, sokongan padu yang ditunjukkan pasti menjadi azimat terbaik buat Selangor dan JDT bagi mengharungi aksi separuh akhir kedua ini sekali gus mengintai tiket ke final.

Sebagai rekod, anak buah B Sathianathan itu tewas 1-2 pada aksi separuh akhir pertama minggu lalu, namun peluang ke final masih terbuka jika mereka berjaya menewaskan JDT sekurang kurangnya 1-0 malam ini.

Berita Harian X