Sabtu, 26 Oktober 2019 | 8:42pm
Penyokong Selangor, Nur Shahidah Sahidan, 14, (tengah) turut hadir memberi sokongan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang JDT di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Anggota polis dari Unit Dron menembak dron yang diterbangkan secara haram di dalam kawasan stadium menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang JDT di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Penyokong JDT kelihatan bersemangat hadir memberi sokongan menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang JDT di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad
Penyokong Selangor hadir bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Shah Alam sudah mula 'bergegar'

SHAH ALAM: Sepak mula aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya berbaki kurang setengah jam lagi.

Skuad Harimau Selatan bertandang ke Stadium Shah Alam dengan bekalan dua gol, namun The Red Giants berjaya ‘mencuri’ satu gol di tempat lawan menerusi keputusan 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu.

Dengan tiket ke final menjadi taruhan, pengendali kedua-dua pasukan nyata menurunkan barisan terbaik mereka untuk mencapai misi masing masing.

Apapun, aksi menarik sudah pasti akan disajikan kedua-dua pasukan bersesuaian dengan status mereka sebagai antara pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.

Penyokong Selangor dan JDT kelihatan bersemangat hadir memberi sokongan pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Berikut adalah kesebelasan utama kedua-dua pasukan:

Selangor - Khairulazhan Khalid (pg), Taylor Regan, K Sarkunan, Khyril Muhymeen Zambri, Sandro da Silva, Ifedayo Olusegun, Abdul Halim Saari, K Prabakaran, Syahmi Safari, Syazwan Zainon, Michal Nguyen

JDT - Farizal Marlias (pg), Afiq Fazail, Diogo Santo, Gonzalo Cabrera, S Kunanlan, Hariss Harun, Leandro Velazquez, La Vere Corbin Ong, Safawi Rasid, Mauricio Dos Santos

Pengadil: Muhammad Nazmi Nasaruddin

Pembantu Pengadil 1: Mohd Arif Shamil Abd Rasid

Pembantu Pengadil 2: Muhammad Farhan Abdul Aziz

Pegawai Keempat: Mohd Hariff Md Akhir

Berita Harian X