Jumaat, 1 November 2019 | 12:32pm
Mauricio Pochettino. - Foto Reuters
Mauricio Pochettino. - Foto Reuters

Bayern mahu sambar Pochettino ganti Kovac

MUNICH: Sekalipun Tottenham pernah dibelasah Bayern Munich 7-2 dalam aksi Liga Juara-Juara, namun ia tidak menghalang kelab gergasi Jerman itu daripada menaruh minat terhadap bos Spurs, Mauricio Pochettino.

Dengan permulaan musim yang tidak konsisten di bawah kendalian Niko Kovac, Bayern dilaporkan bersedia untuk berpisah dengan bekas pengurus Eintracht Frankfurt terbabit.

Ia mungkin membuka peluang kepada Pochettino, yang mana Tottenham bergelut untuk menyamai prestasi musim lalu termasuk mara hingga ke pentas final Liga Juara-Juara.

Menurut Sport1, Bayern kini sedang menimbangkan peluang untuk Pochettino menggantikan Kovac yang berdepan kritikan hebat berikutan permulaan tidak konsisten dalam kempen ini.

Ketua jurulatih Ajax, Erik ten Hag - yang sebelum ini bekerja dengan pasukan simpanan Bayern - turut dikaitkan dengan posisi berkenaan. - AGENSI

Berita Harian X