Sabtu, 2 November 2019 | 8:12am
PEMAIN JDT menjalani latihan rasmi menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 menentang pasukan Kedah esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN JDT menjalani latihan rasmi menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 menentang pasukan Kedah esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Jurulatih Otai ramal JDT julang Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjadi pilihan jurulatih dan pemerhati bola sepak tempatan untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

Rata-rata mereka lebih melihat kepada kualiti tinggi corak permainan barisan pemain Harimau Selatan yang menjadi kekuatan utama untuk skuad berkenaan menjulang trofi berprestij itu.

Namun, tidak dinafikan beberapa pemerhati turut memilih Kedah sebagai juara berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap barisan pemain Aidil Sharin Sahak.

"Berdasarkan prestasi semasa yang konsisten, saya fikir JDT mempunyai kelebihan untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini berbanding Kedah."

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan memilih JDT sebagai pemenang dengan keputusan Kedah 0 JDT 2.

"Melihat kepada persembahan cemerlang ketika berdepan Pahang di separuh akhir, saya fikir Kedah mempunyai kemampuan untuk menewaskan JDT. Walaupun ketiadaan dua tonggak pertahanan (Rizal Ghazali dan Renan Alves), tapi saya tidak rasa ia satu masalah besar buat Kedah kerana mereka mempunyai pemain lain seperti Khairul Helmi Johari dan Amirul Hisyam Awang Kechik."

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah pula meramalkan  final memihak pasukan Kedah 2 JDT 1

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yakin kelebihan memihak JDT.

"Kebetulan dua pemain pertahanan utama Kedah tidak dapat beraksi, jadi ia pasti memberi kelebihan tambahan buat JDT untuk meraih kemenangan. Malah, pemain JDT seperti Afiq Fazail dan Safawi Rasid juga berada pada prestasi terbaik."

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memilih JDT.

Kedah 0 JDT 2

"Aidil Sharin Sahak seperti ada magnet dalam pertandingan piala tetapi Kedah kena  memikirkan pemain pertahanan terbaik bagi menggantikan Renan Alves dan Rizal Ghazali. Jika gagal mendapatkan pengganti yang berkemampuan, JDT boleh ambil peluang itu.”

Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin memilih JDT sebagai pemenang.

JDT 2-0 Kedah

"Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan seimbang daripada segi kualiti pemain import mahu pun tempatan malah ramai daripada mereka ada pengalaman beraksi di final. Detik kebangkitan Kedah adalah ketika separuh akhir, pasukan mana kurang melakukan kesilapan, pasukan itu akan juara"

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim meramalkan Kedah menang.

Kedah 2-1 JDT

"Kedah juga pasukan yang bagus termasuk memiliki import yang bagus. Tetapi kalau dilihat, JDT berada di tahap lebih baik termasuk pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia.” 

Jurulatih skuad B-16 negara, P Maniam meramalkan JDT menjulang trofi malam nanti dengan keputusan:

JDT 2-1 Kedah

Berita Harian X