Sabtu, 9 November 2019 | 8:05am
VIDEO viral Mesut Ozil dan Sead Kolasinac berdepan dengan perompak di Utara London, Julai lalu.

Dipenjara 10 tahun serang pemain Arsenal

LONDON: Seorang lelaki yang cuba merompak pemain Arsenal, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac menggunakan pisau serta gagal dalam cubaan rampasan kereta di Utara London, Julai lalu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, semalam.

BBC melaporkan Ashley Smith, 30, dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Harrow Crown selepas mengaku cuba merompak jam bernilai AS$255,440 dolar (RM1.05 juta) daripada pemain Liga Perdana berkenaan.

Rakan subahatnya, Jordan Northover, 26, juga mengaku terbabit dalam serangan berkenaan dan sedang menanti hukuman.

Hakim Ian Bourne menyifatkan Smith ‘menjadikan jenayah karier’ dan cukup dikenali pihak polis.

Bekas pemain tengah Jerman, Ozil sedang memandu kereta Mercedes berwarna hitam di Utara London sebelum dia ditahan penunggang motosikal yang memakai topi keledar pada 25 Julai lalu.

Rakaman video menyaksikan pertahanan Bosnia, Kolasinac, yang juga penumpang keluar daripada kenderaan berkenaan untuk berhadapan dengan penyerang berkenaan.

Insiden itu menyaksikan kedua-dua pemain kemudian tidak disenaraikan Arsenal dalam perlawanan pembuka tirai musim ini. - Reuters

 

 

Berita Harian X