Sabtu, 9 November 2019 | 10:45pm
Pemain Chelsea, Michy Batshuayi (tengah) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Crystal Palace, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto AFP
Pemain Chelsea, Michy Batshuayi (tengah) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Crystal Palace, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto AFP
Pemain Chelsea, Tammy Abraham jaringan gol pertama pasukan. - Foto AFP
Pemain Chelsea, Tammy Abraham jaringan gol pertama pasukan. - Foto AFP
Pemain Chelsea, Christian Pulisic (jersi biru) diasak pemain Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
Pemain Chelsea, Christian Pulisic (jersi biru) diasak pemain Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
Pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Kurt Zouma dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters
Pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Kurt Zouma dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. - Foto Reuters

Chelsea benam Palace

LONDON: Chelsea memastikan kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana untuk mendaki ke kedudukan kedua ketika Tammy Abraham dan Christian Pulisic masing-masing meledak gol untuk menang 2-0 mengatasi Crystal Palace sebentar tadi.

Abraham menamatkan kekentalan pertahanan Palace dengan gol mudah hasil hantaran Willian tujuh minit selepas babak kedua bermula sebelum Pulisic menanduk gol kedua 11 minit sebelum tamat bagi memastikan tiga mata penuh.

Chelsea kini satu mata di atas Manchester City dan lima di belakang pendahulu Liverpool, yang akan menanti kehadiran City awal pagi Isnin ini.

Seri 4-4 berdepan Ajax awal pagi Rabu lalu memberikan jumlah jaringan Chelsea dalam 18 perlawanan musim ini kepada 70 iaitu kira-kira purata empat gol satu perlawanan.

Bagaimanapun gaya permainan menyerang Blues di bawah kendalian Frank Lampard berdepan benteng kukuh Palace dalam tempoh 45 minit pertama. - AFP

Berita Harian X