Rabu, 13 November 2019 | 11:03pm
Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva (kiri) bersama Benjamin Mendy pada sesi latihan di Stadium Etihad pada 5 November lalu. Foto Reuters

Bergurau di Twitter, Silva digantung 1 perlawanan, denda

LONDON: Pemain tengah Manchester City dari Portugal, Bernardo Silva digantung satu perlawanan dan didenda 50,000 pound (RM265,000) kerana mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter membabitkan rakan sepasukan dari Perancis, Benjamin Mendy, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) hari ini.

Silva dikritik oleh badan anti perkauman Kick It Out selepas mengeluarkan mesej pada 22 September yang membandingkan Mendy dengan watak kacang bersalut coklat yang digunakan dalam logo Conguitos, jenama popular di Sepanyol dan Portugal sebelum memadamnya.

“Silva digantung untuk satu perlawanan kompetitif pasukan utama, denda 50,000 pound dan perlu menjalani pendidikan bersemuka selepas mengakui melanggar FA Rule E3,” kata kenyataan FA di laman sesawangnya.

Badan induk bola sepak England itu menambah bahawa aktiviti media sosial itu juga melanggar FA Rule E3(1) kerana “menghina dan/atau kelakuan tidak sepatutnya yang mengganggu sukan berkenaan.” - Reuters

Berita Harian X