Sabtu, 16 November 2019 | 10:16am
PEMAIN Itali, Francesco Acerbi meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Bosnia & Herzegovina pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Bilino Polje, Zenica, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Itali cipta rekod menang 10 perlawanan

ZENICA, Bosnia Herzegovina: Itali menang 10 saingan antarabangsa berturut-turut buat pertama kali dalam sejarah 109 tahun apabila gol Francesco Acerbi, Lorenzo Insigne dan Andrea Belotti memberikan mereka kemenangan 3-0 mengatasi Bosnia & Herzegovina pada kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Itali yang sudah mengesahkan tempat, teratas Kumpulan J dengan mata maksimum 27 dan disertai pasukan tangga kedua, Finland (18 mata) yang mara ke pusingan akhir kejohanan utama buat pertama kali menerusi kemenangan 3-0 mengatasi Liechtenstein.

Keputusan itu bermakna Roberto Mancini memperbaiki catatan Vittorio Pozzo dengan sembilan kemenangan antara 1938 dan 1939.

PEMAIN Itali, Lorenzo Insigne diasak pemain Bosnia & Herzegovina, Adnan Kovacevic pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Bilino Polje, Zenica, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Itali, Lorenzo Insigne diasak pemain Bosnia & Herzegovina, Adnan Kovacevic pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Bilino Polje, Zenica, awal pagi tadi. - Foto Reuters

“Kita perlu ingat dia menang lima trofi bersama pasukan kebangsaan, jadi perjalanan masih jauh,” kata Mancini, yang mengambil alih pasukan selepas Itali gagal ke Piala Dunia sebelum ini dan menukar nasib pasukan itu.

“Sudah tentu saya gembira dapat mengatasi apa dilakukan legenda sepertinya.”

Di bawah kendalian Pozzo, Itali menang Piala Dunia 1934 dan 1938, Olimpik 1936 selain dua kali Piala Antarabangsa Eropah Tengah.

Rentetan kemenangan Itali termasuk persahabatan menentang Amerika Syarikat diikuti sembilan perlawanan kelayakan Euro 2020. 

Mereka akan menamatkannya dengan menanti kunjungan Armenia pada Isnin. - Reuters

PEMAIN Itali, Andrea Belotti diasak pemain Bosnia & Herzegovina, Ermin Bicakcic pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Bilino Polje, Zenica, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Itali, Andrea Belotti diasak pemain Bosnia & Herzegovina, Ermin Bicakcic pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium Bilino Polje, Zenica, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X