Ahad, 17 November 2019 | 7:45am
PEMAIN Jerman, Toni Kroos (tengah) beraksi dalam perlawanan menentang Belarus pada aksi kelayakan Euro 2020 di Moenchengladbach, awal pagi tadi. - Foto AFP

Jerman bukan pilihan di Euro 2020 - Kroos

MONCHENGLADBACH, Jerman: Toni Kroos meledak dua kali ketika Jerman layak ke Euro 2020 awal pagi tadi dengan menewaskan Belarus 4-0 namun bintang Real Madrid itu menegaskan masih ada ruang untuk pasukan itu meningkat.

Sepakan menggunakan tumit oleh pertahanan Matthias Ginter dan penyudah baik Leon Goretzka dan Kroos memberikan Jerman kedudukan selesa 3-0 pada awal babak kedua.

Kapten Jerman, Manuel Neuer menyelamatkan penalti penyerang Belarus, Igor Stasevich sebelum Kroos menggelecek pertahanan untuk gol keduanya tujuh minit sebelum tamat.

“Sehingga kami 1-0 di depan, amat sukar berdepan lawan seperti ini,” kata Kroos.

“Secara keseluruhan kami bermain baik tetapi ketika ini saya tidak memasukkan kami antara pasukan pilihan untuk gelaran Eropah.


PEMAIN Jerman, Matthias Ginter (kanan) cuba melepasi pertahanan pemain Belarus, Pavel Nekhaychik pada aksi kelayakan Euro 2020 di Moenchengladbach, awal pagi tadi. - Foto Reuters

“Perkara penting ialah kami bermain selaku satu pasukan dalam saingan antarabangsa pada Mac.”

Keputusan itu meletakkan Jerman dua mata di atas Belanda dan kemenangan awal pagi Rabu nanti di Frankfurt mengatasi Ireland Utara yang seri 0-0 di leman sendiri berdepan Belanda akan memberikan mereka kedudukan selaku juara Kumpulan C.

“Kami sudah mencapai sasaran,” kata bos Jerman, Joachim Loew. 

“Pasukan bermain baik, kami melihat sebahagian gandingan baik dan empat gol.

“Pasti tidak semuanya sempurna tetapi secara keseluruhan saya gembira.” - AFP

 


PEMAIN Belarus, Nikita Naumov (kanan) diasak pemain Jerman, Leon Goretzka pada aksi kelayakan Euro 2020 di Moenchengladbach, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X