Ahad, 17 November 2019 | 7:03pm

Tiket Malaysia-Indonesia habis dijual

KUALA LUMPUR: Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 membabitkan Malaysia dan Indonesia mendapat sambutan luar biasa selepas semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman rasminya, sebentar tadi.

“Tiket perlawanan Malaysia lawan Indonesia, Selasa ini habis terjual di www.tickethotline.com.my sebentar tadi.

“Dengan ini, tiada sebarang penjualan di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan, Selasa ini,” kata badan induk itu.

Difahamkan, kira kira 80,000 keping tiket dijual untuk aksi terbabit dengan 4,500 daripadanya diperuntukkan untuk penyokong skuad Garuda.

Berita Harian X