Selasa, 19 November 2019 | 11:27pm
Antara suasana tegang di antara penyokong Malaysia dan Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
Anggota polis memadamkan suar yang dibaling penyokong Indonesia ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

FRU pantau penyokong Malaysia, Indonesia

KUALA LUMPUR: Sebahagian penyokong Malaysia cuba membuat provokasi terhadap penyokong Indonesia dengan berkumpul di hadapan Pintu E Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dikhaskan untuk penyokong negara jiran itu tidak lama selepas perlawanan di antara kedua-dua tamat sebentar tadi.

Ketika ini, masih terdapat sebahagian penyokong Indonesia masih berada di dalam stadium kerana mahu mengelak konfrontasi dengan penyokong Malaysia yang berada di luar.

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, termasuk memantau keadaan, khususnya di perkarangan stadium bagi mengelak sebarang insiden kekecohan.

Berita Harian X