Isnin, 25 November 2019 | 7:17pm
Pengurus Newcastle United, Steve Bruce.

Insiden dibaling kubis hantui Bruce

LONDON: Pengurus Newcastle United, Steve Bruce menyifatkan kejadian seorang penonton membaling kubis kepadanya sebelum satu perlawanan ketika baki hari kedua terakhir mengendali Aston Villa sebagai antara perkara yang paling 'tidak menyenangkan' dalam kariernya.

Bruce berkata, insiden berkenaan berlaku sebelum perlawanan terikat 3-3 dengan Preston North End tahun lalu yang menjadikan penamatan kariernya di sana sebagai lebih buruk.

"Ia antara salah satu perkara yang paling mengecewakan dalam karier saya," kata Bruce menjelang kunjungan pertamanya ke Villa Park semula bagi menghadapi perlawanan menentang pasukan lamanya dalam Liga Perdana Inggeris, lewat pagi ini.

"Saya fikir ia bola, tetapi ia benda lain. Bagaimana penyokong membawanya ke dalam stadium, itu saya tidak tahu. Penyokong boleh membaling beberapa benda, tetapi kubis?."

Bruce mampu membawa Villa ke final playoff liga Kejuaraan pada musim 2017-18 yang menyaksikan mereka tewas 1-0 di tangan Fulham.

Pengendali berusia 58 tahun itu dipecat selepas mengemudi tiga kemenangan dalam 11 perlawanan musim lalu sebelum boss Villa ketika ini, Dean Smith mampu membawa pasukan ke Liga Perdana.

Bruce mengantikan Rafa Benitez di Newcastle pada Julai dan membantu kelab keluar daripada zon penyingkiran selepas permulaan hambar di awal kempen.

"Saya dikritik (penyokong Villa) tetapi untuk 18 bulan hanya Manchester City menjaringkan lebih banyak gol berbanding kami... mereka adalah sukar," kata Bruce. - Reuters

Berita Harian X