Rabu, 27 November 2019 | 2:34pm
Ross Barkley ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Cobham. - Foto Reuters

Barkley tak profesional - Lampard

LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata pemain tengah, Ross Barkley tidak bersikap profesional selepas sebuah video yang menunjukkannya tidak berbaju di dalam sebuah kelab malam ketika rehat perlawanan antarabangsa tersebar, baru-baru ini.

“Setahu saya, dia menunjukkan sikap tidak profesional,” kata Lampard.

“Ia bukanlah sesuatu perkara yang mahu saya berkeras kerana saya faham setiap pemain adalah manusia biasa dan mempunyai kehidupan masing-masing. Saya tidak mengawasi setiap saat kehidupan mereka.”

Barkley membuat sembilan penampilan bagi Chelsea pada musim ini sebelum cedera buku lali ketika menentang Newcastle United bulan lalu dan Lampard berkata pemain tengah itu masih belum pulih sepenuhnya.

“Dia masih mengalami kecederaan, jadi dia hanya perlu berusaha untuk pulih dan berlatih dengan baik,” kata Lampard.

Chelsea kini berada di kedudukan kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara, dengan berkongsi tujuh mata dengan pendahulu, Ajax Amsterdam dan pasukan di tempat ketiga, Valencia. – Reuters

 

Berita Harian X