Ahad, 8 Disember 2019 | 12:46pm
Mauricio Pochettino. - Foto Reuters

Pochettino tak tolak kemungkinan ke Arsenal

LONDON: Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan berpindah ke kelab pencabar utama Tottenham, Arsenal menjelang kepulangannya ke England.

Pochettino meninggalkan Tottenham pada 20 November dan digantikan Jose Mourinho pada pemecatan pertama daripada empat di Liga Perdana diikuti Arsenal melepaskan Unai Emery sembilan hari kemudian.

Pengendali itu yang memimpin Spurs ke Liga Juara-Juara musim lalu itu tampak tidak berminat apabila dia dicadangkan tempat kosong bersama gergasi Jerman, Bayern Munich tetapi sedikit tersenyum apabila nama Arsenal disebut.

Bekas pertahanan Argentina itu memiliki kediaman di London menyuarakan hasrat untuk menguruskan kelab di Eropah namun mendedahkan dia akan kembali ke England selepas berehat di Rosario, Argentina bersama keluarga dan rakan.

Bercakap mengenai kejutan dia meninggalkan Spurs, Pochettino memberitahu TyC Sports: “Adalah penting untuk melalui saat tenang dan mengurangkan tekanan serta mencari tenaga untuk mengambil projek baharu, dan kita akan lihat apakah ia.

“Saya akan kembali ke London minggu depan.” 

Freddie Ljungberg kini mengendalikan sementara Arsenal tetapi dilihat tidak berupaya menaikkan kembali prestasi merudum Gunners yang menyaksikan mereka tidak menang paling lama sejak 1977 dan 10 mata ketinggalan dari tempat ke Liga Juara-Juara. - Agensi

Berita Harian X