X
Selasa, 10 Disember 2019 | 6:51am
Tandukan pemain West Ham United, Angelo Ogbonna menewaskan penjaga gol Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Tandukan pemain West Ham United, Angelo Ogbonna menewaskan penjaga gol Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Arsenal bangkit tewaskan West Ham

LONDON: Arsenal menjaringkan tiga gol dalam tempoh sembilan minit babak kedua ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 3-1 sebentar tadi seterusnya menamatkan tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana.

Skuad Hammers mendahului tujuh minit sebelum rehat dengan Angelo Ogbonna menanduk masuk hantaran lintang Pablo Fornals di Stadium London.

Namun Arsenal, dengan pengurus sementara Freddie Ljungberg masih mencari kemenangan pertama sejak mengambil alih pasukan berikutan pemecatan Unai Emery, menyamakan kedudukan selepas sejam hasil gol pemain Brazil, Gabriel Martinelli, jaringan pertamanya dalam Liga Perdana.

Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli melepasi halangan pemain West Ham United, Robert Snodgrass pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto Reuters
Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli melepasi halangan pemain West Ham United, Robert Snodgrass pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Enam minit kemudian, pemain dibeli dengan rekod kelab, Nicolas Pepe meletakkan pelawat di depan dengan sepakan lencong menarik ke sudut gawang sebelum Pierre-Emerick Aubameyang meledak voli hasil hantaran lintang Pepe.

West Ham mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di laman sendiri yang meninggalkan mereka di tangga ke-16 dengan 16 mata, hanya satu mata di atas zon penyingkiran. 

Arsenal naik ke tangga kesembilan dengan 22 mata daripada 16 perlawanan. - Reuters

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang melakukan sepakan voli untuk gol ketiga pasukannya ketika menentang West Ham United, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang melakukan sepakan voli untuk gol ketiga pasukannya ketika menentang West Ham United, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X