Rabu, 11 Disember 2019 | 8:24am
Reaksi pengendali Napoli, Carlo Ancelotti sewaktu pasukannya menentang Genk pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP
Reaksi pengendali Napoli, Carlo Ancelotti sewaktu pasukannya menentang Genk pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP

Ancelotti dipecat Napoli

NAPLES, Itali: Carlo Ancelotti dipecat Napoli walaupun membawa skuad Serie A itu ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi menerusi kemenangan 4-0 mengatasi Genk.

“Napoli mengambil keputusan melepaskan Carlo Ancelotti daripada peranannya selaku ketua jurulatih pasukan utama,” kata kenyataan kelab Itali itu dalam satu kenyataan.

Kemenangan hari ini mengatasi Genk, yang menyaksikan Napoli menamatkans saingan di kedudukan kedua Kumpulan E, satu mata di belakang Liverpool, mengakhiri rentetan sembilan perlawanan tanpa kemenangan di sebalik masalah di bilik persalinan antara kelab, Ancelotti dan pemain.

Bekas pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso menjadi pilihan untuk mengambil tempat di Napoli, yang menamatkan  saingan di tangga kedua di belakang Juventus musim lalu tetapi jauh ketinggalan musim ini.

Mereka berkedudukan ketujuh liga utama Itali dengan 21 mata, 17 mata di belakang pendahulu Inter Milan dan lebih membimbangkan lapan mata di belakang pasukan keempat, Cagliari yang kini memegang kedudukan terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan. - AFP

Berita Harian X