Rabu, 11 Disember 2019 | 11:30am
Keadaan tegang berlaku antara pemain dan penyokong Olympique Lyonnais ketika pasukan mereka menentang RB Leipzig pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Keadaan tegang berlaku antara pemain dan penyokong Olympique Lyonnais ketika pasukan mereka menentang RB Leipzig pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Pemain, penyokong Lyon cetus pergaduhan

LYON: Penyokong dan pemain Lyon dilihat berbalah selepas wisel penamat yang menyaksikan kapten, Memphis Depay menjaringkan gol penyamaan buat kelab Perancis itu seterusnya mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dengan menyaksikan keputusan seri 2-2 berdepan RB Leipzig, awal pagi ini.

Emil Forsberg dan Timo Werner kedua-duanya menjaringkan penalti buat pasukan Jerman itu sebelum Houssem Aouar dan Depay menjaringkan gol buat Lyon di babak kedua, yang melangkah ke pusingan kalah mati selepas kekalahan 3-0 Zenit kepada Benfica dalam saingan Kumpulan G.

Pada akhir perlawanan, beberapa peminat tuan rumah dilihat bergaduh di padang selepas salah seorang penyokong dengan berani membawa sepanduk menyuruh Marcelo meninggalkan kelab itu.

Pemain Olympique Lyonnais, Memphis Depay (kiri) mengawal bola dari pemain RB Leipzig, Marcelo Saracchi pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pemain Olympique Lyonnais, Memphis Depay (kiri) mengawal bola dari pemain RB Leipzig, Marcelo Saracchi pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Depay mendekati individu itu dan cuba merampas sepanduk manakala peminat lain kelihatan berlari ke bawah tempat duduk penyokong sementara rakan pasukan penyerang Belanda itu termasuk Anthony Lopes mengelilinginya.

Pertahanan Brazil, Marcelo mempunyai hubungan tegang dengan penyokong Lyon selepas perbalahan di lapangan terbang Lisbon susulan kekalahan kepada Benfica pada Oktober lalu.

“Saya tak mahu berkata apa-apa. Sesuatu terjadi. Ini adalah apa yang perlu kami selesaikan secara dalaman,” kata penjaga gol Lopes kepada RMC Sport.

“Ia kekal dalam kalangan kami. Kami akan lihat apa yang terjadi, kami akan cuba dan mencari jalan penyelesaian,” katanya. – AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X