Khamis, 12 Disember 2019 | 6:59am
Pemain Real Madrid, Rodrygo meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketika menentang Club Brugge pada saingan Liga Juara-Juara sebentar tadi. - Foto REUTERS
Pemain Real Madrid, Rodrygo meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketika menentang Club Brugge pada saingan Liga Juara-Juara sebentar tadi. - Foto REUTERS

Bintang muda Real benam Bruges

BRUGES, Belgium: Pemain remaja Brazil, Rodrygo dan Vinicius Junior masing-masing menemui sasaran ketika Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-1 di Club Bruges untuk menamatkan kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara dengan nota positif di Jan Breydelstadion sebentar tadi.

Luka Modric menambah jaringan ketiga buat Real, yang sudah memastikan tempat kedua dalam kumpulan untuk ke pusingan kalah mati.

Bruges menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan dan akan bermain di Liga Europa selepas Hans Vanaken menjaringkan gol tunggal pasukan itu.

Pertahanan Club Brugge, Simon Deli (dua dari kanan) menanduk bola melepasi penyerang Real Madrid, Luka Jovic (dua dari kiri) pada aksi saingan Liga Juara-Juara, sebentar tadi. - Foto AFP
Pertahanan Club Brugge, Simon Deli (dua dari kanan) menanduk bola melepasi penyerang Real Madrid, Luka Jovic (dua dari kiri) pada aksi saingan Liga Juara-Juara, sebentar tadi. - Foto AFP

Jurulatih Real, Zinedine Zidane membuat lapan perubahan daripada skuad yang seri 2-2 dengan Paris St Germain sebelum ini dengan pemain seperti Eden Hazard, Karim Benzema, Toni Kroos dan Sergio Ramos semuanya tidak bermain.

Bruges hampir mendapat gol awal namun penjaga gol Real, Alphonse Areola bertindak cemerlang menyelamatkan cubaan Percy Tau.

Pelawat mendahului pada minit ke-53 apabila hantaran lintang Alvaro Odriozola dirembat ke penjuru gawang oleh Rodrygo tetapi kelebihan itu hanya bertahan dua minit sebelum Vanaken menyamakana kedudukan.

Real kembali di depan pada pertengahan babak kedua menerusi Vinicius yang menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara sebelum Modric melencongkan bola pada lewat perlawanan untuk mengesahkan kemenangan. - AFP

Pemain Real Madrid, Vinicius Junior (kanan) mengatasi dua pemain Club Brugge pada perlawanan Liga Juara-Juara sebentar tadi. - Foto REUTERS
Pemain Real Madrid, Vinicius Junior (kanan) mengatasi dua pemain Club Brugge pada perlawanan Liga Juara-Juara sebentar tadi. - Foto REUTERS

Berita Harian X