Rabu, 18 Disember 2019 | 7:57am
PEMAIN Borussia Dortmund, Julian Weigl diasak pemain RB Leipzig, Konrad Laimer pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Borussia Dortmund, Julian Weigl diasak pemain RB Leipzig, Konrad Laimer pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Dortmund, Leipzig kongsi mata

BERLIN: Borussia Dortmund mensia-siakan kelebihan mendahului dengan dua gol untuk seri 3-3 bertemu pendahulu Bundesliga, RB Leipzig, awal pagi tadi.

Dortmund yang mendahului 2-0 dan 3-2 harus menyalahkan diri sendiri susulan kegagalan mereka untuk merapatkan jurang dan ketika ini ketinggalan empat mata di belakang Leipzig di tangga ketiga.

Selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan terakhir liga, Dortmund jelas bersemangat apabila rembatan Julian Weigl meletakkan mereka di depan pada minit ke-23.

Julian Brandt menambah gol kedua menerusi jaringan menarik pada minit ke-34 dengan pelawat tampak seperti tidak mempunyai jawapan sebelum melakukan cubaan merbahaya yang memerlukan aksi menyelamat hebat penjaga gol Dortmund, Roman Buerki pada penghujung babak pertama.

Begitupun, penjaga gol kelahiran Switzerland itu akhirnya kecundang dua minit selepas babak kedua bersambung apabila dia cuba untuk mencabar bola di luar kotak penalti tetapi gagal dan ia dimanfaatkan penyerang Leipzig, Timo Werner untuk merapatkan jurang.

PEMAIN Borussia Dortmund, Julian Brandt diasak pemain RB Leipzig, Lukas Klostermann pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Borussia Dortmund, Julian Brandt diasak pemain RB Leipzig, Lukas Klostermann pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Werner meledak gol keduanya pada minit ke-53 berpunca daripada kesilapan Brandt yang meningkatkan jumlah jaringannya kepada 18 musim ini, sama seperti penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski selaku penjaring terbanyak liga.

Tetapi Jadon Sancho kembali meletakkan tuan rumah mendahului dua minit kemudian.

Ketika Dortmund seakan mampu mengawal permainan, kegagalan mereka untuk mengawal Patrik Schick akhirnya dihukum apabila pemain itu kembali menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-78.

“Kami tidak bermain dengan baik pada babak kedua,” kata kapten Dortmund,  Marco Reus. “Ketiga-tiga gol yang dilepaskan sepatutnya dapat dielak. Ia adalah perlawanan yang baik daripada kedua-dua pasukan tetapi satu mata daripada perlawanan ini adalah terlalu sedikit buat kami.”

Leipzig kekal di tangga teratas dengan 34 mata manakala pasukan tangga kedua, Borussia Moenchengladbach yang akan menanti kunjungan pasukan tercorot, Paderborn malam ini mengutip 31 mata. - Reuters

PEMAIN RB Leipzig, Timo Werner beraksi dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN RB Leipzig, Timo Werner beraksi dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X