Sabtu, 21 Disember 2019 | 1:12am
PEMAIN Bayern Munich, Robert Lewandowski. - Foto REUTERS
PEMAIN Bayern Munich, Robert Lewandowski. - Foto REUTERS

Lewandowski bakal jalani pembedahan

BERLIN: Robert Lewandowski bakal menjalani pembedahan pangkal paha sejurus tamat perlawanan Bayern Munich menentang Wolfsburg dalam saingan Bundesliga esok.

Penyerang itu masih disenaraikan untuk aksi di Allianz Arena itu.

Jurulatih sementara Bayern, Hansi Flick berkata Lewandowski akan menjalani pembedahan dan dijangka pulih menjelang pertembungan menentang Hertha Berlin pada 19 Januari.

"Robert akan dibedah selepas perlawanan esok,” kata Flick.

"Kami tidak mahu membazir masa. Kami akan memantau proses pemulihannya.

"Dalam situasi ini, kami bangga jika terus dapat khidmatnya. Kami akan kehilangannya antara 10 hingga 14 hari.”

Lewandowski setakat ini sudah meledak 30 gol pada separuh musim ini dengan 19 daripadanya daripada 16 aksi di Bundesliga. – Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X