Khamis, 26 Disember 2019 | 2:19pm
Mikel Arteta (kiri) mendedahkan dia cuba membawa Granit Xhaka ke Manchester City ketika dia tiba di Etihad.

Arteta gembira gembleng kudrat Xhaka

LONDON: Mikel Arteta mendedahkan dia cuba membawa Granit Xhaka ke Manchester City ketika dia tiba di Etihad, namun Arsenal berjaya dalam perebutan mendapatkan pemain itu.

Warga Sepanyol itu bersara sebagai pemain pada 2016 untuk menjadi pembantu Pep Guardiola di City, berhasrat mendapatkan Xhaka dalam senarai tertinggi perpindahan.

Xhaka pindah daripada Borussia Mönchengladbach ke utara London pada musim panas dengan perjanjian bernilai 25 juta Pound (RM188.03 juta).

City bagaimanapun membuat keputusan mendapatkan Ilkay Gundogan untuk mengisi bahagian tengah dengan perpindahan pemain Jerman berkenaan yang nilainya kurang 15 juta Pound (RM80.58 juta).

Walaupun Gundogan menjadi sebahagian besar daripada dua pasukan memenangi gelaran di Manchester, Xhaka bergelut untuk memenangi hati penyokong di England.

Pemain berusia 27 tahun itu dilucutkan sebagai kapten oleh Unai Emery pada Oktober kerana gagal memohon maaf gara-gara bertindak balas dengan kemarahan penyokong di Emirates apabila digantikan dalam perlawanan menentang Crystal Palace.

Dia bertindak balas kepada bosnya dengan menanggalkan baju dan lilitan kapten sebelum menjerit ‘f*** *ff’ terhadap penyokong sendiri dan memasuki terowong dengan wajah berang.

Tetapi selepas kembali kepada barisan utama dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dia meneruskan peranan sebagai watak penting buat Arsenal.

Dengan 149 penampilannya sejak menyertai pasukan berkenaan melebihi 21 penampilan berbanding pemain Gunner lain pada masa berkenaan.

Bagaimanapun Arteta tidak mempunyai pandangan umum mengenai Xhaka termasuklah seperti dilakukan Arsene Wenger dan Unai Emery sebelum ini.

“Apabila saya ke Arsenal dari City untuk memulakan peranan sebagai jurulatih dan kami mencari kedudukan berkenaan, dia adalah salah seorang pemain di dalam senarai saya,” kata bos baharu Arsenal yang memulakan tugas rasmi sebagai pengurus berdepan Bournemouth, malam ini.

“Inilah yang saya suka mengenainya. Saya gembira apabila Arsenal menandatanganinya kerana saya fikir dia akan menjadi pemain yang hebat.

“Dia melakukan beberapa perkara yang baik dan saya fikir dia terbabit dengan situasi yang amat sukar.

“Tetapi saya kagum dengan cara hubungan yang kembali baik dan saya fikir peminat juga sudah positif mengenainya.

“Saya memberitahunya betapa saya sukakannya dan apa yang saya harapkan daripadanya, dia pentingnya untuk pasukan.

“Saya di sini untuk membantunya, saya mahu dia rasakan kita berada di belakangnya - bukan saya saja tetapi seluruh kelab ini.” - Agensi

Berita Harian X