Ahad, 19 Januari 2020 | 10:23am
PENGURUS Napoli, Gennaro Gattuso.
PENGURUS Napoli, Gennaro Gattuso.

Gattuso 'sangat takut' Napoli makin teruk

MILAN: Gennaro Gattuso berkata dia “bimbang dan takut” ketika Napoli tumbang 2-0 di laman sendiri kepada Fiorentina awal pagi tadi menyebabkan naib juara Serie A musim lalu itu bergelut untuk menyelamatkan diri.

Kekalahan ketiga berturut-turut menyaksikan gergasi dari selatan itu jatuh ke kedudukan ke-13 ketika mereka semakin hampir ke zon penyingkiran berbanding tempat ke Liga Juara-Juara.

Napoli tanpa kemenangan dalam liga di Stadium San Paolo mereka sejak 19 Oktober menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam Liga Juara-Juara dalam tempoh sebulan lagi.

Bagi Gattuso kekalahan “tiada jiwa, tak patut dilihat dan memalukan” itu adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan sejak dia menggantikan Carlo Ancelotti pada 11 Disember ketika kelab itu berkedudukan ketujuh liga.

“Saya amat bimbang,” kata bekas pengendali AC Milan berusia 42 tahun itu.

“Kami sudah ke bawah liga dan kami perlu faham apa yang akan kami hadapi.

“Kami tidak melihat Liga Juara-Juara, kami melihat ranking menakutkan. Kami bermain dengan api.”

Gattuso berkata pasukan bersetuju terus ke tempat latihan di Castel Volturno, dekat Naples sebelum menanti kehadiran Lazio pada Piala Itali Selasa depan dan kedatangan Juventus hujung minggu depan. - AFP

Berita Harian X