Selasa, 28 Januari 2020 | 7:16am
PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka diasak pemain Bournemouth, Harry Wilson pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka diasak pemain Bournemouth, Harry Wilson pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters

Saka bantu Arsenal ke pusingan kelima

LONDON: Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka menjaringkan satu gol sebelum membantu untuk satu lagi ketika kelab London itu menempah tiket ke pusingan kelima Piala FA dengan kemenangan 2-1 mengatasi Bournemouth di Stadium Vitality sebentar tadi.

Pertahanan kiri itu dan penyerang Eddie Nketiah meledak dalam tempoh 26 minit ketika Arsenal yang membuat banyak pertukaran mendomiansi sejak mula dan menahan serangan lewat Bournemouth untuk mencari gol penyamaan bagi berdepan Portsmouth.

Saka, 18, meledak kencang daripada sudut kecil selepas lima minit sebelum hantaran lintang rendahnya menemui Nketiah, yang dipanggil bulan ini daripada pinjaman ke kelab divisyen dua, Leeds United.

PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Bournemouth pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Bournemouth pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters

Pemain Bournemouth, Sam Surridge menjaringkan gol penyamaan pada minit kelima tambahan masa seterusnya memberi ancaman untuk skuad Mikel Arteta tetapi tuan rumah gagal mencari gol penyamaan.

Persembahan Arsenal pada babak pertama mencuri tumpuan dengan 22 hantaran sebelum gol pembukaan Saka.

"Mikel cuba membawa kembali falsafah cara Arsenal. Kami melakukannya dengan baik pada babak pertama, tidak begitu menjadi pada babak kedua," kata Saka kepada BT Sport. - Reuters

PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Bournemouth pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Bournemouth pada aksi Piala FA di Stadium Vitality, sebentar tadi. - Foto Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X