X
Selasa, 28 Januari 2020 | 5:51pm
Cristiano Ronaldo bersama Georgina Rodriguez (kiri) dan anak-anaknya.
Cristiano Ronaldo bersama Georgina Rodriguez (kiri) dan anak-anaknya.

Ronaldo pandai 'beli jiwa' Georgina

MILAN: Cristiano Ronaldo bukan saja hebat di atas padang, tetapi juga hebat dalam 'membeli jiwa' teman wanitanya, Georgina Rodriguez menerusi ucapan sambutan ulang tahun kelahirannya di media sosial.

Bintang Juventus itu berkongsi gambar dirinya bersama Georgina dan empat anaknya sedang duduk mengelilingi meja yang dipenuhi bunga dan kek.

Georgina menginjak usia 26 tahun hari ini, dan Ronaldo tidak melepaskan kesempatan itu untuk meluahkan betapa kehadiran teman wanitanya itu amat bermakna terhadap dirinya.

Dalam ciapan di Twitter penyerang berusia 34 tahun itu berkata: "Tahniah sayang! Saya berharap ia menjadi hari yang hebat buat kamu! Kamu adalah wanita yang hebat dan ibu yang hebat kepada anak. Saya amat cintai kamu!"

Ronaldo dilihat turut meribakan dua anak perempuannya dalam gambar berkenaan dengan Alana Martina dan Eva (anak Ronaldo) tampak tidak sabar mahu menikmati kek.

Georgina berada pada kedudukan paling kiri dalam gambar, memakai seluar jeans tatkala dia mendukung anak mereka Mateo sambil melirikkan senyuman terhadap kamera.

Di belakang bunga terdapat puluhan belon, sekali gus membuktikan Ronaldo berusaha sedaya upaya cuba menghias untuk sambutan penting itu.

Pasangan itu mula bercinta pada 2016, dengan mereka bersama-sama membesarkan anak Ronaldo.

Georgina kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan mereka Alana Martina setahun kemudian.

Apabila bintang Portugal itu berhijrah daripada Real Madrid ke Juventus pada musim panas 2018, Georgina turut berpindah ke Turin.

Dengan dia di sisinya, Ronaldo terus mengganas di Itali, memenangi gelaran Serie A dan meledak 48 gol dalam 69 penampilan. - Agensi

Berita Harian X