Sabtu, 1 Februari 2020 | 6:55pm
ISTERI Cedric Soares, Filipa Brandao menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan tahniah kepada suaminya itu selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal. - Foto ihsan Instagram Filipa Brandao
ISTERI Cedric Soares, Filipa Brandao menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan tahniah kepada suaminya itu selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal. - Foto ihsan Instagram Filipa Brandao

'Tahniah sayangku'

LONDON: Isteri Cedric Soares, Filipa Brandao menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan tahniah kepada suaminya itu selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal.

Skuad The Gunners membawa masuk pemain pertahanan kanan Southampton itu secara pinjaman sehingga tamat saingan musim ini.

Brandao memuat naik gambar dia berdiri di sebelah suaminya itu ketika pemain berkenaan menandatangani perjanjian baharu.

Dia turut menulis keterangan gambar: "Impian menjadi kenyataan. Semoga berjaya sayangku."

Brandao seorang bintang Instagram dengan pengikut seramai 43,000 orang dan sering memuat naik gambar bersama suaminya itu yang dikahwini pada Jun 2019.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta membuat keputusan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Portugal itu sebagai sokongan kepada Hector Bellerin.

Soares, 28, akan bersama The Gunners sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan dan Arsenal boleh menandatanganinya secara percuma selepas kontraknya dengan Southampton tamat hujung musim ini. - AGENSI

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X