Isnin, 3 Februari 2020 | 12:20am
Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin (kiri) bersaing dengan pemain Burnley, Charlie Taylor pada saingan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, sebentar tadi. - Foto AFP
Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin (kiri) bersaing dengan pemain Burnley, Charlie Taylor pada saingan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, sebentar tadi. - Foto AFP

Arsenal, Burnley terikat tanpa jaringan

BURNLEY: Misi Arsenal untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dalam kelompok empat teratas semakin sukar selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Burnley, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu kini ketinggalan 10 mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea dan dijangka gagal mendapat slot ke Liga Juara-Juara, musim depan.

Aksi di Turf Moor menjadi satu lagi detik malang buat Arteta yang menyaksikan anak buahnya gagal memanfaatkan beberapa peluang bagi menjaringkan gol.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) diasak dua pemain Burnley. - Foto Reuters
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) diasak dua pemain Burnley. - Foto Reuters

Sebaliknya, The Gunners hampir dikejutkan dan kemungkinan tewas dalam perlawanan itu namun mereka terselamat disebabkan ketumpulan jentera serangan Burnley.

Arsenal kini mengharungi empat perlawanan terakhir liga tanpa sebarang kemenangan apabila mencatat keputusan seri dalam keempat-empat aksi berkenaan.

Arteta hanya berjaya merekodkan satu kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak mengambil alih tugas pengurus daripada Unai Emery yang dipecat. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X