X
Rabu, 5 Februari 2020 | 9:04am
Pemain PSG, Mauro Icardi (tengah) beraksi ketika menentang Nantes, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pemain PSG, Mauro Icardi (tengah) beraksi ketika menentang Nantes, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

PSG kukuhkan cengkaman di takhta  Ligue 1

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Ligue 1 selepas menewaskan Nantes 2-1, awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Thomas Tuchel selesa di tangga teratas liga dengan mengumpul 58 mata, 15 mata meninggalkanpencabar terdekat, Marseille yang menghuni kedudukan kedua.

Gol menerusi Mauro Icardi pada minit ke-26 dan Thilo Kehrer sudah memadai buat anak buah Tuchel bagi menjamin tiga mata dalam perlawanan itu.

Nantes menjaringkan satu gol menerusi Moses Simon minit ke-68.

“Saya teruja dengan cara kami bermain sepanjang tempoh 70 minit, saya sangat puas hati.

“Kami sepatutnya menjaringkan empat gol tetapi hanya mampu meledak dua gol dan itulah kesilapannya...saya fikir kami terlalu yakin,” kata Tuchel.

Pemain PSG, Marco Verratti (kanan) mengasak pemain Nantes, Abdoul Kader Bamba (tengah) pada aksi perlawanan Ligue 1, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain PSG, Marco Verratti (kanan) mengasak pemain Nantes, Abdoul Kader Bamba (tengah) pada aksi perlawanan Ligue 1, awal pagi tadi. - Foto AFP

Sementara itu, Rennes terlepas peluang bagi melonjak ke tangga kedua selepas gol daripada Loic Remy menyaksikan mereka tewas 0-1 di tangan Lille.

Remy merembat masuk gol seawal minit keempat bagi menyudahkan hantaran yang dilakukan Jonathan Ikone sekali gus membawa Lille melonjak ke tangga keempat dengan mengumpul 37 mata, tiga mata di belakang Rennes.

Dalam satu lagi perlawanan, Monaco memenangi perlawanan liga pertama bagi tahun 2020 selepas mengatasi Angers menerusi jaringan yang dilakukan Stevan Jovetic minit ke-18.

Keputusan itu membolehkan Monaco menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir liga. – AFP

Penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) meloloskan diri dari halangan pertahanan Nantes, Percy Prado (kiri) pada perlawanan Ligue 1, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) meloloskan diri dari halangan pertahanan Nantes, Percy Prado (kiri) pada perlawanan Ligue 1, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X