Khamis, 6 Februari 2020 | 3:57pm
YOUNG (kanan) bersama tukang gunting rambut kegemarannya, Daniel Johnson ke Itali.
YOUNG (kanan) bersama tukang gunting rambut kegemarannya, Daniel Johnson ke Itali.

Young 'terbangkan' tukang gunting ke Itali hanya cukur kepala

MILAN: Ashley Young mungkin sudah membawa haluan baharu ke Inter Milan daripada Manchester United, namun itu tidak bermakna dia sudah bersedia meninggalkan tukang gunting rambutnya.

Ini selepas pertahanan berusia 34 tahun itu sanggup menerbangkan tukang gunting rambut kegemarannya, Daniel Johnson ke Itali.

Walaupun menghabiskan belanja besar membawa Johnson, bekas pemain antarabangsa England itu hanya meminta tukang gunting rambut itu mencukur kepalanya.

Young yang membotakkan kepalanya berkongsi gambar di laman Instagram dengan kapsyen: "Di seluruh pelusuk dunia @iamdanieljohnson #Milan".

Tetapi apabila berkongsi semula gambar terbabit, terdapat sebilangan besar penyokong yang menyindir potongan rambut Young.

Seseorang meninggalkan komen: "Berapa kos pemotongan berkenaan? Razor Roy melakukan perkara sama hanya dengan £5 (RM26.50)".

Walaupun menerima beberapa komen yang menyindirnya, Johnson sebenarnya bukanlah tukang gunting rambut biasa. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X